ad
BERITA UTAMA

MySel bantu selesai lebih 2,200 kes berkaitan dokumen pengenalan diri

5 Dis 2023, 7:04 AM
MySel bantu selesai lebih 2,200 kes berkaitan dokumen pengenalan diri
MySel bantu selesai lebih 2,200 kes berkaitan dokumen pengenalan diri
MySel bantu selesai lebih 2,200 kes berkaitan dokumen pengenalan diri

SHAH ALAM, 5 DIS: Sebanyak 2,259 daripada 4,834 permohonan Program Pusat Dokumen Pengenalan Diri MySel (Unit MySel) berjaya diselesaikan sejak 2018 hingga bulan ini.

EXCO pembasmian kemiskinan berkata jumlah itu membabitkan kategori kes meliputi anak angkat (910); sijil kelahiran (400) dan warganegara (312), kad pengenalan merah (238); imigresen (80) dan baki lain-lain kes.

Menurut V Papparaidu kelulusan permohonan tertinggi diberikan kepada kaum Melayu dengan 38 peratus, Cina (30.5 peratus), India (27 peratus) dan lain-lain (4.5 peratus).

[caption id="attachment_617159" align="aligncenter" width="780"]
EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu bercakap kepada media mengenai Kewarganegaraan Rakyat, MySel Bantu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pada 5 Disember 2023. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI[/caption]

"Unit MySel mula bergerak secara aktif pada 2016 bertujuan membantu masyarakat miskin yang tiada maklumat atau saluran tepat bagi mendapatkan dokumen peribadi secara sah.

"Ia termasuk membantu menyelesaikan masalah anak yang tidak memiliki surat beranak akibat perkahwinan di sempadan termasuk kegagalan ibu bapa atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kewarganegaraan Rakyat, MySel Bantu di Pejabat EXCO, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Papparaidu menjelaskan antara faktor kepada masalah itu adalah disebabkan ekonomi ibu bapa atau penjaga termasuk ada segelintir individu mengambil mudah tanggungjawab mendaftar keahlian anak mereka.

[caption id="attachment_617158" align="aligncenter" width="758"]
EXCO Pembasmian Kemiskinan V Papparaidu ketika sidang media Kewarganegaraan Rakyat, MySel Bantu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri pada 5 Disember 2023. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI[/caption]

Punca lain katanya, hasil hubungan tidak sah, tiada pendaftaran bagi pemeriksaan ketika hamil, tiada sokongan keluarga atau proses dokumentasi merumitkan.

"Hasil permohonan ini individu berkenaan dapat membina kehidupan baharu tanpa wujudnya pandangan prejudis masyarakat.

"Program ini juga sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan setiap rakyat di Selangor dapat menikmati manfaat dalam program Iltizam Selangor Penyayang mengikut kelayakan masing-masing," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.