ad
BERITA UTAMA

EXCO: Kejohanan boling santai erat silaturahim, hargai warga kerja

4 Dis 2023, 3:00 PM
EXCO: Kejohanan boling santai erat silaturahim, hargai warga kerja

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SUBANG JAYA, 4 DIS: Lebih 100 peserta terdiri daripada warga kerja pelbagai agensi yang juga rakan strategik Jabatan Belia Selangor (JBS) dan Majlis Belia Selangor (MBS) menyertai kejohanan ‘Bowl to strike’-sepetang bersama EXCO Sukan di Sunway Pyramid, hari ini.

Mohd Najwan Halimi berkata kejohanan ‘santai’ yang berlangsung cukup meriah itu bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain malah jalinan sinergi bersama pemegang taruh dan kumpulan sasar agar industri sukan negeri boleh mencapai tahap lebih tinggi pada masa hadapan.

“Hubungan ini dapat direalisasikan dengan kerjasama dalam pelaksanaan atau penganjuran program seperti hari ini.

“Namun begitu, apa yang lebih penting adalah kejohanan ini juga merupakan satu pendekatan diambil penganjur dan saya sendiri menyampaikan ucapan penghargaan di atas kerjasama serta komitmen pelbagai pihak dalam semua program anjuran JBS sepanjang tahun 2023,” katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau yang juga EXCO Keusahawanan turut meluangkan masa menyempurnakan majlis pra pelancaran rakan niaga MyPRENEUR.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.