ad
AGENDA

11 pendaki terbunuh, 12 lagi hilang dalam letusan Gunung Marapi

4 Dis 2023, 8:25 AM
11 pendaki terbunuh, 12 lagi hilang dalam letusan Gunung Marapi

JAKARTA, 4 DIS: Sekurang-kurangnya 11 pendaki terbunuh manakala 12 lagi hilang selepas Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat Indonesia meletus pada Ahad.

Letusan itu menyebabkan hujan abu di beberapa kawasan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Padang Abdul Malik berkata sekurang-kurangnya 49 pendaki selamat turun selepas letusan itu sementara usaha sedang dilakukan untuk memindahkan beberapa pendaki lain ke tempat selamat.

“Seramai 11 orang ditemui mati,” katanya.

Agensi Mitigasi Bencana Kebangsaan berkata gunung berapi setinggi 2,891 meter itu meletus selama hampir lima minit pada Ahad selepas menyaksikan aktiviti seismik selama berbulan-bulan.

Pihak berkuasa mewujudkan zon larangan tiga kilometer dari kawah gunung berapi berikutan letusan itu.

Marapi merupakan antara gunung berapi paling aktif di Sumatera dan kali terakhir meletus pada 2018.

- BERNAMA-dpa

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.