ad
AGENDA

Mayat bayi perempuan ditemukan terdampar di Pantai Queensbay

4 Dis 2023, 12:25 AM
Mayat bayi perempuan ditemukan terdampar di Pantai Queensbay

GEORGE TOWN, 3 DIS: Pengunjung Pantai Queensbay di Bayan Baru dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemukan terdampar di kawasan pesisiran pantai itu semalam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan jasad bayi malang itu dalam keadaan bogel dan sempurna pada 5.55 petang.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mayat bayi perempuan yang dijumpai itu dipercayai dihanyutkan arus laut sehingga terdampar di tepi pantai tersebut.

"Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu diminta menghubungi pihak polis atau tampil di balai berdekatan untuk membantu siasatan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.