ad
AGENSI

Karnival Islamik Maksak suburkan lagi nilai keislaman penjawat awam

3 Dis 2023, 7:04 AM
Karnival Islamik Maksak suburkan lagi nilai keislaman penjawat awam
Karnival Islamik Maksak suburkan lagi nilai keislaman penjawat awam
Karnival Islamik Maksak suburkan lagi nilai keislaman penjawat awam

SHAH ALAM, 3 DIS: Penganjuran Karnival Islamik Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan (Maksak) 2023 menyuburkan lagi nilai keislaman dalam kalangan penjawat awam.

Setiausaha Kerajaan Negeri berkata karnival empat hari sejak 30 November mempertandingkan acara tilawah al-Quran, da’ie dan nasyid kontemporari yang disertai 16 kontinjen dari seluruh negara.

Dato’ Haris Kasim berkata karnival julung kali dengan Maksak Selangor selaku tuan rumah merupakan pembaharuan berbanding program Maksak sebelum ini lebih sinonim dengan acara sukan.

[caption id="attachment_616797" align="aligncenter" width="749"] Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Haris Kasim menyampaikan ucapan ketika majlis penutup Karnival Islamik Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaandi Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran negeri di Shah Alam pada 3 Disember 2023.Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Usaha dakwah seperti ini perlu diteruskan dan mungkin Maksak Malaysia boleh mempertimbangkan tambahan acara lain seperti qasidah dan azan.

"Saya yakin penjawat awam di seluruh Malaysia mempunyai bakat terpendam dan boleh menjadikan platform ini sebagai batu loncatan untuk berjaya dalam bidang dakwah seperti ini,” katanya pada majlis penutup karnival berkenaan di Auditorium Dewan Jubli Perak, bangunan pentadbiran negeri di sini hari ini.

Haris menambah, program berbentuk keislaman sentiasa disuburkan di Selangor dan sering dilaksanakan Kerajaan Negeri sebagai usaha membangunkan modal insan cemerlang.

“Pada Mei tahun ini, Kerajaan Negeri mengadakan Festival Turath Islami Selangor selama lapan hari berturut-turut dengan acara majlis zikir, himpunan ilmuwan muda Timur Tengah dan muzakarah ulama yang disertai 2,500 orang,” katanya.

[caption id="attachment_616799" align="aligncenter" width="745"] Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Dato' Haris Kasim menyampaikan cek cura dan trofi kepada johan kategori qari ketika majlis penutup Karnival Islamik Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaandi Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 3 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Dalam karnival itu, acara tilawah al-Quran kategori Qari dijuarai wakil Maksak Sabah dan Qariah (Maksak Terengganu) dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM400 beserta medal, piala iringan dan pusingan.

Sementara itu, bagi acara dai'e dan nasyid kontemporari kedua-duanya dimenangi wakil dari Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM1,200 (nasyid kontemporari) dan RM400 (da’ie) beserta medal, piala iringan dan pusingan.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.