ad
AGENDA

61 petugas media terbunuh sejak konflik Palestin-Israel meletus

2 Dis 2023, 9:05 AM
61 petugas media terbunuh sejak konflik Palestin-Israel meletus

MOSCOW, 2 DIS: Jumlah wartawan dan petugas media yang terkorban sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Okt lepas kini mencecah seramai 61 orang, menurut kenyataan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), lapor Sputnik.

"Pada 1 Dis, laporan awal CPJ mendapati daripada seramai 16,000 orang yang terbunuh sejak peperangan bermula pada 7 Okt lepas, termasuk sekurang-kurangnya 61 wartawan dan petugas media,” menurut CPJ.

Pada 7 Okt sahaja enam wartawan maut manakala pada 18 Nov lima dilaporkan terbunuh.

-BERNAMA-SPUTNIK

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.