ad
PBT

Tiga program komuniti MPAJ terima anugerah sempena MyPlace Award 2023

2 Dis 2023, 4:42 AM
Tiga program komuniti MPAJ terima anugerah sempena MyPlace Award 2023
Tiga program komuniti MPAJ terima anugerah sempena MyPlace Award 2023

SHAH ALAM, 2 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima tiga pengiktirafan Malaysian Institute of Planners (MIP) sempena MyPlace Award 2023 dalam satu majlis di Petaling Jaya, malam tadi.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pihaknya menerima Anugerah Nilam bagi kategori Lorong Belakang dan Lorong Bahu Jalan menerusi projek Lorong Ampang Mampan.

“Selain itu, MPAJ juga menerima Anugerah Nilam bagi kategori Pertanian Bandar daripada projek Kebun Komuniti Pendidikan MPAJ (Kebun Komuniti Ceria Indah)

“MPAJ turut menerima pengiktirafan pemenang khas bagi kategori Pertanian Bandar menerusi Kebun Komuniti Kitar Semula MPAJ (Kebun Komuniti Cemara),” katanya menerusi Facebook.

[caption id="attachment_616603" align="aligncenter" width="812"] Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad (tengah) bersama kakitangan MPAJ bergambar bersama sijil selepas tiga program komunitinya memenangi tiga anugerah daripada Malaysian Institute Of Planners sempena MyPlace Award dalam majlis di Petaling Jaya pada 1 Disember 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Ampang Jaya[/caption]

Anugerah disampaikan oleh Presiden MIP Datin Noraida Saludin dan diterima Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad dan Setiausaha MPAJ Julaihah Jamaludin.

MyPlace Awards 2023 anjuran MIP diadakan bagi mengiktiraf kecemerlangan pihak berkaitan dalam usaha menambahbaik kawasan awam yang memberi dampak positif kepada komuniti.

Pada 2020, MPAJ memulakan projek mengindahkan kawasan belakang rumah kedai di Ampang Point bagi projek Lorong Ampang Mampan.

Projek di laluan sepanjang 300 meter itu kini menjadi tarikan baharu di Ampang Jaya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.