ad
PBT

MPK tawar potongan kompaun serendah RM15 sempena Krismas

30 Nov 2023, 8:48 AM
MPK tawar potongan kompaun serendah RM15 sempena Krismas

SHAH ALAM, 30 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menawar pengurangan kompaun serendah RM15 mulai esok sempena sambutan Krismas.

Yang Dipertua Noraini Roslan berkata kempen sehingga 31 Disember itu melibatkan denda pelbagai kesalahan trafik.

"Orang ramai disaran untuk menjelaskan tunggakan kompaun dengan kadar serendah RM15 sebelum tindakan lebih tegas diambil termasuk pendakwaan di mahkamah," katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPK hari ini.

Bagaimanapun Noraini menjelaskan tawaran itu tidak tertakluk kepada kesalahan meletak kereta di petak khas atau di petak orang kurang upaya.

"Kompaun ini juga tidak termasuk kepada kesalahan yang menghalang atau menyebabkan terhalang mana-mana tempat atau petak letak kenderaan," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.