ad
PBT

MPK buka kaunter perbaharui lesen niaga, iklan di Dewan Hamzah mulai 12 Disember

30 Nov 2023, 6:34 AM
MPK buka kaunter perbaharui lesen niaga, iklan di Dewan Hamzah mulai 12 Disember

SHAH ALAM, 30 NOV: Majlis Perbandaran Klang membuka kaunter khas bagi memperbaharui lesen perniagaan, industri dan iklan di Dewan Hamzah bermula 12 hingga 30 Disember depan.

Yang Dipertuanya Noraini Roslan berkata waktu operasi kaunter bermula dari jam 8 pagi hingga 4.30 petang pada Isnin-Jumaat manakala Sabtu (9 pagi hingga 4 petang).

Kaunter akan ditutup sementara pada waktu rehat dari 12.15 tengah hari hingga 2.45 petang.

"MPK juga menyediakan perkhidmatan enam komputer kepada pengunjung yang ingin memperbaharui secara dalam talian di dewan tersebut.

"Saya mohon kerjasama agar tidak membuatnya pada saat-saat akhir. Ini bagi mengelak dikenakan denda jika dibuat selepas 31 Disember," katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penuh di ibu pejabat MPK di sini hari ini.

Noraini turut mengingatkan warga Klang segera menjelaskan cukai taksiran penggal 1/2024 sebelum atau pada 29 Februari 2024 bagi mengelakkan dikenakan fi notis RM20.

Menurutnya, semakan baki cukai dan pembayaran juga boleh dilakukan melalui portal MPK iaitu ipay.mpklang.gov.my atau pbtpay.kpkt.gov.my.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.