ad
AGENSI

Yide seru infak dana bina kompleks anak yatim, jangka siap 2026

29 Nov 2023, 11:00 AM
Yide seru infak dana bina kompleks anak yatim, jangka siap 2026
Yide seru infak dana bina kompleks anak yatim, jangka siap 2026

SHAH ALAM, 29 NOV: Sumbangan orang ramai diperlukan bagi menjayakan pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim di Pulau Indah yang dijangka siap sepenuhnya hujung Januari 2026.

Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) memaklumkan projek dengan kerjasama pihak Central Spectrum (M) Sdn Bhd itu mampu memuatkan 200 anak yatim selain kemudahan lengkap seperti surau dan dewan.

"Justeru, kami amat mengalu-alukan sumbangan dari masyarakat untuk membantu menjayakan pembinaan ini yang akan memberi manfaat kepada anak yatim yang bakal mendiami kompleks tersebut," katanya di Facebook.

Untuk menyumbang boleh melayari pautan https://pay.infaqyide.com.my/.../KOMPLEKS-ASRAMA-ANAK atau https://yide.com.my/donat.../infaq-dana-kompleks-anak-yatim/.

Setiap sumbangan anda layak mendapat pengecualian cukai mengikut Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 sekali gus mengukir senyuman setiap anak yatim seliaan Yide.

[caption id="attachment_616023" align="aligncenter" width="610"] Tapak pembinaan kompleks anak yatim Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) di Pulau Indah, Klang. Foto Facebook Yide[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.