ad
AGENDA

Demam denggi catat 108,429 kes, 83 kematian tahun ini

29 Nov 2023, 6:10 AM
Demam denggi catat 108,429 kes, 83 kematian tahun ini
Demam denggi catat 108,429 kes, 83 kematian tahun ini

SHAH ALAM, 29 NOV: Negara merekodkan peningkatan kes demam denggi lebih 90 peratus berbanding tahun lalu, kata Timbalan Menteri Kesihatan.

Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata jumlah kumulatif kes terkini adalah 108,429 kes berbanding 56,304 kes bagi tempoh sama pada 2022 dengan peningkatan 92.6 peratus.

“Kementerian Kesihatan menjangkakan peningkatan kes terus berlaku tahun ini kerana secara lazimnya, peningkatan kes akan dialami setiap empat hingga lima tahun.

“Bagaimanapun, jumlah kes tahun ini sebenarnya tujuh peratus lebih rendah berbanding jumlah kes yang direkodkan sebelum pandemik Covid-19 pada 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) berhubung kumulatif kes demam denggi di Dewan Rakyat hari ini.

[caption id="attachment_583310" align="alignleft" width="500"] Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni bercakap pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Tibi Sedunia Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada 20 Mei 2023. Foto BERNAMA[/caption]

Lukanisman menambah, jumlah kematian akibat demam denggi ketika ini adalah 83 kes berbanding 37 kes bagi tempoh sama tahun lalu, dengan peningkatan 124.3 peratus.

Bagaimanapun menurutnya, kadar kematian akibat denggi adalah hanya 0.08 peratus berbanding jumlah keseluruhan kes dan ia masih dibawah paras sasaran iaitu 0.2 peratus.

“Bagi mengawal kes demam denggi daripada terus meningkat, kita telah melaksanakan pelbagai usaha secara berterusan seperti kerjasama bersama pelbagai pihak bagi meningkatkan kesedaran awam.

“Kementerian juga menggunakan kaedah pelepasan nyamuk Aedes Berwolbachia dalam pencegahan dan kawalan denggi yang dimulakan sejak 2019,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.