ad
AGENDA

Sultan rasmi pusat jagaan warga emas tawar persekitaran kondusif

29 Nov 2023, 5:32 AM
Sultan rasmi pusat jagaan warga emas tawar persekitaran kondusif

KLANG, 29 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan pusat penjagaan warga emas Acacia By Pacific Senior Living di sini hari ini.

Baginda bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut berkenaan melawat kemudahan serta bilik ditawarkan.

Pengarah Urusan Columbia Pacific Management Nate McLemore berkata Acacia merupakan pusat jagaan pertama milik mereka yang menyediakan persekitaran hidup kondusif bagi golongan berusia.

Jelasnya, pusat berkenaan menyediakan 136 unit bilik berharga antara RM8,500 hingga RM12,000 sebulan dan direka mengikut kesesuaian termasuk ciri antijatuh demi keselamatan pelanggan

“Acacia berkonsep mesra gaya hidup warga emas dan mengetengahkan suasana resort. Pelbagai kemudahan disediakan antaranya kolam renang, jakuzi dan bilik hiburan selain perkhidmatan fisioterapi dan bengkel hobi.

“Khidmat kesihatan meliputi penilaian praperubatan, pemeriksaan berjadual daripada profesional, ubat dan makanan tambahan yang dinasihatkan pakar,” katanya.

Beliau menambah pusat berkenaan akan dibangunkan di beberapa kawasan lain pada masa depan bagi memastikan warga emas mendapat penjagaan sebaiknya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.