ad
AGENSI

Wakaf Selangor salur sumbangan lebih RM36,000 kepada maahad tahfiz

29 Nov 2023, 4:32 AM
Wakaf Selangor salur sumbangan lebih RM36,000 kepada maahad tahfiz

SHAH ALAM, 29 NOV: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyalurkan sumbangan wakaf berjumlah RM36,180 kepada Asrama Putera Maahad Ihya' Al Ahmadi, Banting semalam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan sumbangan tersebut dilakukan dengan kerjasama Bank Muamalat Malaysia Berhad melalui Sumbangan Wakaf Selangor Muamalat.

“Semoga dengan serahan wakaf ini pihak maahad dapat memasang kekili hos (hose reel) sekali gus dimanfaatkan pelajar dan guru di sini,” katanya.

Terdahulu, majlis serahan sumbangan disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar kepada Pengetua Maahad Ihya' Al Ahmadi Ustaz Hazren Ahmad.

Dalam perkembangan sama, PWS menyeru masyarakat untuk terus berwakaf secara lebih mudah dan pantas menerusi laman sesawang https://fpx.wakafselangor.gov.my/.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.