ad
AGENDA

KL, Sabak Bernam, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 5 petang

27 Nov 2023, 7:27 AM
KL, Sabak Bernam, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 5 petang
KL, Sabak Bernam, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 27 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan enam daerah di Selangor hingga 5 petang.

Agensi itu memaklumkan enam daerah di negeri ini yang dijangka menerima hujan disertai ribut petir dan angin kencang ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang.

Cuaca sama dijangka berlaku di beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_615691" align="aligncenter" width="702"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.