ad
AGENSI

Program tahfiz di Penjara Kajang didik banduan dalami al-Quran

27 Nov 2023, 2:26 AM
Program tahfiz di Penjara Kajang didik banduan dalami al-Quran

SHAH ALAM, 27 NOV: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bersama Jabatan Penjara Malaysia mewujudkan proram pengajian tahfiz di Penjara Kajang bagi memulihkan banduan di situ.

Memanfaatkan 20 banduan setakat ini, Setiausaha Mais Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata inisiatif itu akan menyemarakkan lagi syiar Islam dan wajar dicontohi penjara lain.

Julung kali diadakan di Selangor, jelasnya, banduan yang terpilih akan mengikuti pengajian al-Quran berteraskan kaedah 4T iaitu talaqqi, tadarus, tadabbur dan tahfiz.

"Mais berharap mereka yang terpilih mampu menjadi contoh kepada rakan lain dengan memanfaatkan masa membaca, menghafal dan mentadabbur isi kandungan al-Quran di samping mendalami pelbagai ilmu.

"Semoga usaha sebegini akan memberi peluang untuk mendapat ganjaran dan diberkati oleh Allah SWT," katanya dalam kenyataan hari ini.

Program berkenaan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Tahfiz Selangor Dato' Profesor Mujaini Tarimin di Penjara Kajang pada 24 November.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.