ad
AGENDA

Ramalan hujan, ribut petir lebih panjang di utara Semenanjung

26 Nov 2023, 12:01 PM
Ramalan hujan, ribut petir lebih panjang di utara Semenanjung

KUALA LUMPUR, 26 NOV: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang dalam tempoh lebih panjang dijangka berlaku di negeri utara Semenanjung Malaysia termasuk kawasan perairan negeri berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), dalam kenyataan hari ini memaklumkan, berdasarkan analisis model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan utara Selat Melaka sehingga esok dan luruan monsun lemah sehingga Khamis ini.

Justeru, MetMalaysia, menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.