ad
AGENSI

Pesta buah tawar produk berkualiti, jimat sehingga 30 peratus

24 Nov 2023, 11:26 AM
Pesta buah tawar produk berkualiti, jimat sehingga 30 peratus

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 24 NOV: Fiesta Buah-buahan Selangor 2023 yang berlangsung di pekarangan Plaza Masalam, di sini menawarkan penjimatan sehingga 30 peratus berbanding harga pasaran.

Timbalan ketua pengarah (operasi) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) berkata acara selama empat hari mulai semalam bakal memberi penjimatan sehingga RM60,000.

Menyasarkan 5,000 pengunjung sehingga Ahad, Abdul Rahman Mahmood menjelaskan pihaknya turut menjangka nilai jualan mampu mencecah RM200,000 dalam pesta berkenaan.

“Matlamat utama pesta ini untuk memberi pilihan kepada pengguna mendapatkan bekalan buah-buahan tempatan dengan tawaran penjimatan sehingga 30 peratus," katanya.

Program dirasmikan EXCO Pertanian Ir Izham Hashim bersama Pengarah Fama Selangor Aiada Abdul Rashid menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya demonstrasi masakan.

Sementara itu, Ir Izham berkata Kerajaan Negeri sentiasa komited membantu pengeluar dan peniaga memasarkan produk secara terus kepada pengguna dengan harga berpatutan.

“Program akan dijalankan setiap tahun untuk pengunjung menikmati buah tempatan segar selain membantu pengeluar meningkatkan pendapatan,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.