AGENDA

Dewan Negeri lulus usul bajet peruntukan pembangunan RM1.2 bilion

24 Nov 2023, 10:26 AM
Dewan Negeri lulus usul bajet peruntukan pembangunan RM1.2 bilion

SHAH ALAM, 24 NOV: Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini meluluskan usul Bajet Peruntukan Pembangunan 2024 berjumlah RM1.2 bilion selepas dibahaskan 35 wakil rakyat.

Perbelanjaan itu meliputi RM906 juta untuk Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri,  Perbendaharaan (RM500,000), Jabatan Pertanian (RM1 juta) dan Jabatan Perhutanan (RM6 juta).

Turut terangkum Jabatan Kerja Raya (RM145 juta), Jabatan Pengairan dan Saliran (RM65 juta), Jabatan Agama Islam Selangor (RM60 juta), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (RM2.24 juta) serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar (RM5 juta).

Dewan turut meluluskan usul penubuhan 10 jawatankuasa pilihan dan pilihan khas baharu antaranya Jawatankuasa Kira-kira Wang Kerajaan dan Jawatankuasa Pilihan Pejabat Daerah dan Tanah.

Turut diluluskan Jawatankuasa Pilihan Pihak Berkuasa Tempatan, Jawatankuasa Pilihan Agensi, Badan Berkanun dan Anak Syarikat dan Jawatankuasa Peraturan-peraturan Tetap.

Belanjawan Selangor 2024 yang diumumkan 10 November lalu memperuntuk RM2.53 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan melaksanakan pembangunan negeri.

Menerusi pembentangan belanjawan itu, sebanyak RM1.33 bilion atau 52.6 peratus diagih untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.2 bilion bagi pembangunan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.