ad
AGENDA

Sultan Selangor sumbang 2,658 koleksi buku, manfaat pengunjung Pustaka Raja Tun Uda

23 Nov 2023, 9:59 AM
Sultan Selangor sumbang 2,658 koleksi buku, manfaat pengunjung Pustaka Raja Tun Uda
Sultan Selangor sumbang 2,658 koleksi buku, manfaat pengunjung Pustaka Raja Tun Uda
Sultan Selangor sumbang 2,658 koleksi buku, manfaat pengunjung Pustaka Raja Tun Uda

SHAH ALAM, 23 NOV: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyumbang 2,658 buku milik Baginda untuk kegunaan pengunjung Perpustakaan Raja Tun Uda di sini sejak 2011 hingga kini.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Datin Paduka Mastura Muhamad memaklumkan koleksi buku yang disumbang Baginda antaranya biografi, pengurusan dan sejarah dengan kesemuanya edisi terhad.

“Buku sumbangan Baginda berada di tingkat empat perpustakaan ini. Pengunjung boleh meminjam buku tersebut tetapi perlu dibaca di situ dan dikembalikan semula.

[caption id="attachment_615006" align="aligncenter" width="708"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyampaikan sijil penghargaan kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang menyertai pasukan Kilimanjaro pada Majlis Pelancaran Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda di Perpustakaan Raja Uda pada 23 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Semua jenis dan tajuk buku yang disumbangkan Baginda menarik, malah menjadi kegemaran ramai pembaca,” katanya ditemui selepas majlis pelancaran Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda di sini hari ini.

Selain Sultan Sharafuddin, Mastura berkata kerabat diraja lain turut menyumbang buku kepada perpustakaan terbabit antaranya Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, Datin Paduka Setia Zatashah dan cucu Baginda Layla.

Beliau memaklumkan Baginda juga menyeru supaya syarikat swasta dan agensi kerajaan lain melakukan perkara sama bagi menambah koleksi di perpustakaan terbabit.

[caption id="attachment_615009" align="aligncenter" width="730"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan melihat Abian Jambot menggunakan perisian 'open book' pada Majlis Pelancaran Yayasan Perpustakaan Raja Tun Uda di Perpustakaan Raja Uda pada 23 November 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

“Baginda minta agensi seperti Yayasan AlBukhari, Lembaga Zakat Selangor dan Tenaga Nasional Berhad sumbang. Ahamdulillah kita dapat mengumpulkan lebih 5,000 buku hasil sumbangan pihak berkaitan,” katanya.

Mastura menambah jumlah buku dari gedung ilmu itu yang dipinjamkan kepada orang ramai mencecah 1.75 juta sejak 2011.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.