ad
AGENDA

Negara catat pertumbuhan ekonomi terbaik tiga suku berturut-turut

22 Nov 2023, 6:53 AM
Negara catat pertumbuhan ekonomi terbaik tiga suku berturut-turut
Negara catat pertumbuhan ekonomi terbaik tiga suku berturut-turut

SHAH ALAM, 22 NOV: Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi terbaik dalam tiga suku berturut-turut termasuk penurunan kadar kemiskinan dan inflasi.

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata rekod itu merupakan julung kali berlaku selepas bertahun-tahun negara berdepan situasi ekonomi kurang memberangsangkan.

“Semasa Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) menjadi kerajaan selama 33 bulan, pernah ke berlaku tiga suku berturut-turut ada pertumbuhan ekonomi dari satu suku ke satu suku?

“Ini kali pertama sejak bertahun-tahun kita menyaksikan pertumbuhan ekonomi berlaku dari satu suku ke satu suku, kemiskinan paling rendah, kenaikan gaji dan inflasi paling rendah,” katanya.

[caption id="attachment_613669" align="alignleft" width="409"] Menteri Ekonomi yang juga Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli ketika menghadiri Sidang Dewan Rakyat pada 8 November 2023. Foto BERNAMA[/caption]

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Muhyiddin (PN-Pagoh) berhubung cadangan pengasingan kuasa antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Rafizi, beliau tidak bersetuju terhadap pengasingan kuasa antara dua kementerian terbabit berikutan kedua-duanya memiliki keupayaan berbeza serta saling melengkapi.

Jelasnya, tugas Kementerian Kewangan adalah mengurus fiskal manakala Kementerian Ekonomi menentukan pecahan kerja yang akan dilaksana kementerian-kementerian lain.

“Tugas untuk pulihkan ekonomi bukan tugas Kementerian Kewangan semata-mata. Ini tugas bersama semua jemaah menteri. Itulah silapnya sebelum ini kerana perdana menteri memusatkan semuanya kepada dia,” katanya.

Pada 2018, kerajaan Pakatan Harapan julung kali memperkenalkan portfolio ekonomi yang sebelum ini dibawah Jabatan Perdana Menteri sebagai sebuah kementerian baharu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.