ad
AGENDA

Karya terbitan IBDE di pesta buku Selangor, tawar diskaun hingga 15 peratus

22 Nov 2023, 3:26 AM
Karya terbitan IBDE di pesta buku Selangor, tawar diskaun hingga 15 peratus
Karya terbitan IBDE di pesta buku Selangor, tawar diskaun hingga 15 peratus
Karya terbitan IBDE di pesta buku Selangor, tawar diskaun hingga 15 peratus

SHAH ALAM, 22 NOV: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) membawa karya terbitannya yang popular sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) bermula 1 Disember ini.

Pengurus jualan dan pemasarannya berkata buku itu antaranya berjudul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal karangan Martin Lings, Saladin karya John Man, Ihya Ulumuddin dan Abu Bakr as-Siddiq.

“Semua buku ini antara yang mendapat sambutan dan popular di TikTok, malah dicetak semula beberapa kali bagi memenuhi permintaan pembaca. Contohnya buku riwayat hidup Muhammad, kita cetak 10,000 naskhah dan Ihya Ulumuddin pula 1,000 naskhah.

“Selain itu, kita juga akan bawa karya Seribu Satu Malam dengan mencetak 2,000 naskhah untuk pengunjung yang hadir ke SIBF,” kata Ainunl Muaiyanah Muhammad Sulaiman kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_614687" align="aligncenter" width="700"] Sebahagian karya terjemahan penting dan menarik bawah yang digerakkan Inisiatif Buku Darul Ehsan. Grafik Selangorkini[/caption]

Beliau berkata sempena pesta buku, IBDE menawarkan diskaun sehingga 15 peratus kepada pengunjung selain pemberian poster salasilah Nabi Muhammad SAW kepada 50 pembeli terawal pada setiap hari.

“Pembelian tiga buku ke atas kita tawar diskaun 15 peratus manakala dua buku pula diskaun 10 peratus. Kita juga memberi beg percuma untuk pembelian RM100 ke atas,” katanya.

Karya terbitan IBDE juga boleh didapati di kedai buku Rencana di Sri Damansara, Petaling Jaya atau secara atas talian menerusi pautan bukuibde.com.

SIBS 2023 berlangsung 1 hingga 10 Disember ini di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam,  dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

Dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, jualan buku dan diskaun menarik menanti pengunjung.

[caption id="attachment_614683" align="aligncenter" width="700"] Terjemahan Kitabul Ilmu berjudul Menghidupkan Ilmu Agama: Kitab Ilmu membicarakan kepentingan akal, adab serta keutamaan ilmu agama dan cara mengenali ulama sebenar. Foto Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.