ad
AGENDA

Pesta Buku Antarabangsa Selangor bermula 1 Disember

21 Nov 2023, 2:00 PM
Pesta Buku Antarabangsa Selangor bermula 1 Disember
Pesta Buku Antarabangsa Selangor bermula 1 Disember

SHAH ALAM, 21 NOV: Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2023 kembali menemui orang ramai bermula 1 hingga 10 Disember depan.

Berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam, acara turut melibatkan penyertaan penerbit dan penulis negara luar dibuka jam 9 pagi hingga 9 malam.

Dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, jualan buku dan diskaun menarik menanti pengunjung.

[caption id="attachment_555056" align="alignnone" width="905"] Suasana orang ramai mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 11 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

SIBF julung kali dianjurkan tahun lalu susulan kesinambungan daripada Pesta Buku Selangor yang dianjurkan selama 16 tahun sejak 2006.

Acara melibatkan 225 pempamer tempatan dan antarabangsa antaranya United Kingdom, Turki, Macedonia Utara, Korea Selatan dan Mesir.

Sejak dianjurkan pada 2006, pesta buku itu bermula di Kompleks PKNS dan kemudian bertukar ke Pusat Konvensyen MBSA yang merekod hampir 5 juta pengunjung.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.