ad
AGENDA

Daerah Petaling kekal juara bertahan Sukan Selangor, kutip 33 pingat emas

19 Nov 2023, 10:25 AM
Daerah Petaling kekal juara bertahan Sukan Selangor, kutip 33 pingat emas
Daerah Petaling kekal juara bertahan Sukan Selangor, kutip 33 pingat emas
Daerah Petaling kekal juara bertahan Sukan Selangor, kutip 33 pingat emas

KAJANG, 19 NOV: Daerah Petaling kekal sebagai juara bertahan Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-14 dengan mengutip 76 pingat termasuk 33 emas.

Kejohanan berlangsung dari 7 November hingga hari ini, turut memilih atlet berbasikal daerah berkenaan, Khow Yong Peat serta Yong Ann Yi sebagai olahragawan dan olahragawati kejohanan.

Yong Keat dan Ann Yi, masing-masing mengutip empat dan tiga pingat emas menerima wang tunai RM1,000 setiap seorang sebagai penghargaan.

Piala kemenangan disampaikan EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi pada majlis penutup SUKSES di Bangi Golf Resort, di sini hari ini.

[caption id="attachment_614246" align="aligncenter" width="700"] EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi (dua, kanan) menyampaikan anugerah olahragawan kepada Khow Yong Keat (tiga, kiri) dan olahragawati Yong Ann Yii pada majlis penutup Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-14 di Bangi Resort Hotel, Kajang pada 19 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Bagi acara keseluruhan, Sepang berapa di tempat kedua manakala Hulu Langat sebagai tuan rumah meraih tempat ketiga.

Sementara itu pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri berkata beberapa atlet akan dirombak mengikut kemahiran bagi melahirkan pasukan yang mantap pada kejohanan Sukan Malaysia tahun depan.

“Ini antara strategi dirancang namun kena berdasarkan keperluan seperti kemahiran. sais, ketinggian. Langkah ini dibuat berikutan penetapan kuota pemain. Kita tak boleh bawa ramai.

“Contohnya atlet olahragawan. Mereka memiliki kebolehan berlari laju jadi mungkin kita nilai mereka untuk dimasukkan dalam sukan ragbi atau sukan yang memerlukan kemahiran berlari,” kata Nizam Marjugi.

SUKSES yang merupakan sukan dwitahunan melibatkan 1,178 atlet dengan menawar  377 pingat menerusi 109 acara meliputi sukan olahraga, pencak silat, boling padang, ping pong, petanque, sepak takraw dan berbasikal.

[caption id="attachment_614255" align="aligncenter" width="700"] Atlet berbasikal daerah Petaling Khow Yong Peat serta Yong Ann Yi masing-masing dinobatkan olahragawan dan olahragawati Kejohanan Sukan Selangor (SUKSES) ke-14 dalam majlis penutup kejohanan di Bangi Resort Hotel, Kajang pada 19 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.