AGENDA

Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka landa Terengganu hingga esok

19 Nov 2023, 6:50 AM
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka landa Terengganu hingga esok
Hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka landa Terengganu hingga esok

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Terengganu bermula hari ini hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan ia melibatkan beberapa kawasan di Terengganu iaitu Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.

Kenyataan itu turut memaklumkan hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Kelantan melibatkan kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh manakala di Terengganu membabitkan Hulu Terengganu serta kawasan Jerantut dan Kuantan di Pahang.

Hujan berterusan tahap waspada juga dijangka di Kedah yang melibatkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling; Perak (Hulu Perak dan Kuala Kangsar) serta seluruh Perlis.

“Kawasan terlibat di Kelantan pula ialah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang manakala di Pahang (Maran, Pekan dan Rompin), Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan),” menurut kenyataan itu.

 

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.