ad
AGENDA

WHO sifatkan Hospital Al-Shifa Gaza 'zon maut'

19 Nov 2023, 4:36 AM
WHO sifatkan Hospital Al-Shifa Gaza 'zon maut'

GENEVA, 19 NOV: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengetuai pasukan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam misi penilaian ke atas Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada Sabtu, menyifatkan kemudahan kesihatan itu sebagai “zon maut”.

"Pasukan berkenaan hanya dapat menghabiskan satu jam di dalam hospital itu," kata WHO lapor Agensi Anadolu.

Kemudahan berkenaan masih menempatkan 25 pekerja kesihatan dan 291 pesakit, termasuk 32 bayi baru lahir.

"WHO dan rakan kongsi sedang merangka pelan segera untuk memindahkan baki pesakit, kakitangan dan keluarga mereka," katanya.

Pada Rabu, tentera penceroboh Israel menyerbu Hospital Al-Shifa yang juga merupakan tempat perlindungan bagi ribuan rakyat Palestin yang melarikan diri daripada serangan udara, sebelum diusir keluar. oleh tentera rejim.

Israel telah membunuh lebih 12,300 rakyat Palestin dalam serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt.

-BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.