ad
AGENSI

Peluang beli barang dapur murah di tiga lokasi hari ini

18 Nov 2023, 12:00 AM
Peluang beli barang dapur murah di tiga lokasi hari ini

SHAH ALAM, 18 NOV: Jualan Ehsan Rahmah (JER)  kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menawarkan pelbagai barangan asas pada harga murah berlangsung di tiga  lokasi hari ini.

Jualan murah diadakan di Balai MPKK Bukit Kerayong 2 (DUN Sementa), Lot 719, Jalan Bukit Antarabangsa, Taman Bukit Utama (DUN Bukit Antarabangsa) dan Dewan Orang Ramai Kampung Padang (DUN Dusun Tua).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Kerajaan Selangor membelanjakan subsidi RM40 juta untuk melaksanakan jualan murah di 2,850 lokasi yang memanfaatkan lebih lima juta rakyat sehingga kini.

PKPS pernah menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan linktr.ee/myPKPS.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.