SHAH ALAM, 17 NOV: Seluruh Selangor dan Kuala Lumpur diramal mengalami hujan lebat, ribut petir serta angin kencang hingga 9 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran sama melibatkan Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor dan Sarawak.
Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_613929" align="aligncenter" width="702"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]








