ad
AGENDA

Ramalan hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 9 malam

16 Nov 2023, 9:48 AM
Ramalan hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 9 malam
Ramalan hujan lebat seluruh Selangor, KL hingga 9 malam

SHAH ALAM, 16 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor hingga 9 malam ini.

Agensi itu mengeluarkan amaran sama melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan selain beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_613739" align="aligncenter" width="701"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.