ad
AGENDA

TH nasihat pendeposit elak layari laman sesawang palsu THiJARI

15 Nov 2023, 4:13 AM
TH nasihat pendeposit elak layari laman sesawang palsu THiJARI

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Laman sesawang www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian Tabung Haji (TH).

Sehubungan itu, TH dalam satu hantaran di Facebook hari ini menasihati pendeposit supaya tidak terpedaya dengan pelbagai taktik scammer dan hanya melayari alamat laman sesawang yang betul.

“THiJARI boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my Kalau Curiga, Jangan Percaya.

"Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan," menurut hantaran itu.

Laman web THiJARI merupakan platform dalam talian bagi perkhidmatan kepada pendeposit untuk pelbagai urusan termasuk menyemak akaun, mencetak penyata akaun, pindahan wang dan perkhidmatan haji.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.