ad
BERITA UTAMA

Van transit di empat kawasan padat mulai 20 November

14 Nov 2023, 6:11 AM
Van transit di empat kawasan padat mulai 20 November
Van transit di empat kawasan padat mulai 20 November

SHAH ALAM, 14 NOV: Perkhidmatan van transit atas permintaan (DRT) akan beroperasi di empat kawasan berkepadatan tinggi dan laluan sempit mulai 20 November, kata EXCO mobiliti.

Menurut Ng Sze Han, projek rintis di Puchong, Bandar Utama, Ampang dan Subang Jaya dilaksanakan selama enam bulan sebagai salah satu usaha menggantikan kemudahan Bas Smart Selangor.

Beliau memaklumkan pengguna perkhidmatan itu juga akan dikenakan caj RM2 dengan lebihan kos ditanggung Kerajaan Negeri sebagai galakan penggunaan DRT.

“Sistem DRT dipacu perisian pintar bagi memastikan pengguna dari lokasi berbeza dapat diambil dan dihantar ke destinasi berbeza mengikut masa ditetapkan.

[caption id="attachment_613348" align="alignleft" width="469"] EXCO Pelaburan dan Perdagangan Ng Sze Han menjawab soalan ketika Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 14 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

“Sasaran tumpuan lokasi berdekatan pengangkutan awam utama seperti rel dan stesen bas bagi melengkapi perbatuan pertama dan terakhir sistem pengangkutan awam,” katanya hari ini.

Menjawab pertanyaan Ahli Dewan Bukit Gasing R Rajiv dalam sidang Dewan Negeri Selangor, beliau memberitahu perkhidmatan DRT juga akan diperluas ke lapan zon tambahan menjelang 2024.

“Kerajaan Negeri akan mendapatkan hasil dapatan berkaitan maklum balas pengguna dari kawasan rintis bagi memastikan perkhidmatan ini dapat terus ditambah baik,” katanya.

Perkhidmatan DRT dilancar 20 Oktober dalam Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.