ad
AGENDA

Aliran trafik lebuh raya utama ke ibu kota lancar pagi ini

13 Nov 2023, 4:03 AM
Aliran trafik lebuh raya utama ke ibu kota lancar pagi ini

KUALA LUMPUR, 13 NOV: Aliran trafik di lebuh raya utama menuju ke Lembah Klang dilaporkan lancar dan terkawal setakat 10 pagi ini, menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Jurucakap LLM ketika dihubungi Bernama berkata kesesakan hanya berlaku sepanjang dua kilometer di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dari Senawang ke Port Dickson akibat aliran trafik tinggi.

“Bagi laluan lain dari utara, pantai timur dan selatan menuju ke Lembah Klang dalam keadaan terkawal dan tiada kesesakan luar biasa berlaku. Begitu juga bagi laluan keluar dari Lembah Klang,” katanya.

Menurut jurucakap itu trafik dijangka meningkat pada sebelah petang ini berikutan warga Lembah Klang mula pulang ke rumah masing-masing selepas cuti perayaan Deepavali.

Beliau turut menasihatkan pengguna lebuh raya untuk mematuhi cadangan waktu perjalanan yang dikeluarkan untuk mengelak sebarang kesesakan teruk.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.