ad
ADN

ADN: Lunas hutang kerajaan Persekutuan letak Selangor maju ke depan

11 Nov 2023, 10:08 AM
ADN: Lunas hutang kerajaan Persekutuan letak Selangor maju ke depan

SHAH ALAM, 11 NOV: Komitmen pentadbiran negeri melunaskan baki hutang pinjaman Projek Bekalan Air dan Skim Amanah Saham Selangor (ASAS) berjumlah RM19.2 juta mampu meletakkan Selangor maju ke depan.

Ahli Dewan Negeri Lembah Jaya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau Altimet berkata pengumuman penyelesaian penuh baki hutang kepada kerajaan Persekutuan membuktikan kemampuan kewangan pentadbiran ini.

“Kita berkeyakinan Selangor akan maju ke depan terutama dengan pengumuman baki hutang negeri sebanyak RM19.2 juta terdiri daripada pinjaman ASAS.

“(Baki hutang) akan berjaya diselesaikan sepenuhnya pada tahun hadapan berlandaskan kebebasan kewangan cemerlang Selangor menunjukkan kemampuan pentadbiran yang padu berdasarkan tatakelola cemerlang Pakatan Harapan (HARAPAN),” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Dato’ Menteri Besar ketika membentang Belanjawan Selangor 2024 menjangkakan hutang dengan kerajaan Persekutuan dilunaskan sepenuhnya tahun depan berdasarkan kebebasan kewangan cemerlang yang dimiliki.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata baki hutang sebanyak RM19.20 juta terdiri daripada pinjaman ASAS, selain komitmen penyelesaian liabiliti hutang negeri pada 2024 juga rendah, hanya melibatkan penyelesaian baki ansuran akhir Skim ASAS berjumlah RM1.89 juta.

Baki pinjaman Projek Bekalan Air sebanyak RM17.3 juta pula akan dipindahkan kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang hanya memerlukan tindakan urusan dokumentasi.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.