ad
BUDAYA

Kebumi

11 Nov 2023, 12:30 AM
Kebumi

ku berdiri di depan

kubur yang mengembang

terjerat oleh haruman

sekilas dewa kematian

kuntuman hangus kucium

sampai putus selera rindu

sehabis kebumi:

wajah arwah siapa-siapapun kulupa

barangkali rekahan montaj serangga

menjamu mereka waktu perkabungan

lebih mual dari sedu-sedan ini

bayang-bayangku pun separuh hilang

dalam gigitan kerengga

apa hasrat maut yang jemu dan penuh

saat pendedahan dirinya dalam debu

kukira tiada petua menjinak tanah

yang kebuluran

hampa yang mengikat

duka pelawat

dan bajubaju hitamnya

sengaja tak tersurahkan

Qurratul ‘Ain

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.