ad
ADN

Kerajaan Negeri perkenal saringan perkembangan kanak-kanak

10 Nov 2023, 10:44 AM
Kerajaan Negeri perkenal saringan perkembangan kanak-kanak

SHAH ALAM, 10 NOV: Inisiatif saringan awal mengenal pasti tahap perkembangan kanak-kanak akan diperkenalkan Kerajaan Selangor pada 2024 dengan peruntukan RM350,000.

Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Program Saringan Perkembangan itu akan memfokuskan kanak-kanak berumur antara tiga hingga lima tahun dari keluarga berpendapatan rendah (B40).

Jelasnya, pengesanan awal itu juga sekali gus membolehkan bantuan intervensi diambil untuk menambah baik pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak berkenaan.

“Program saringan perkembangan kanak-kanak ini adalah untuk mengetahui status perkembangan anak dalam lima bidang utama – Motor Kasar, Motor Halus, Pertuturan dan Bahasa, Perkembangan Kognitif dan Tingkah Laku Sosial/Adaptif.

“Ini juga merupakan usaha Kerajaan Negeri bagi membantu mengurangkan waktu janji temu dengan Developmental Paedatrician di hospital kerajaan yang memakan masa antara dua hingga tiga tahun,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2024 di sini hari ini.

Program Saringan Perkembangan menerusi Iltizam Penjagaan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Selangor (IMPAK) diperkenal sejak November tahun lalu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.