ad
AGENDA

Penjawat awam terima bantuan khas dua bulan setengah gaji

10 Nov 2023, 7:41 AM
Penjawat awam terima bantuan khas dua bulan setengah gaji

SHAH ALAM, 10 NOV: Penjawat awam Selangor menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan setengah gaji tahun ini bagi menghargai penglibatan mereka menjayakan kutipan hasil negeri.

Jumlah tersebut termasuk satu bulan yang dibayar pada 28 Disember ini dan setengah bulan yang akan dibayar pada Februari 2024, bagi meringankan beban untuk persiapan sesi persekolahan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan khas itu juga termasuk sebulan gaji yang sudah selesai dibayar menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

"Sebagai sebuah bentuk apresiasi dan penghargaan kepada penjawat awam dan mereka yang terlibat bagi menjayakan kutipan hasil Kerajaan Negeri, saya mengumumkan BKK 2023 kepada semua yang berkhidmat bawah pentadbiran Kerajaan Negeri.

"(Ini) termasuk anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri yang gaji dibayar oleh Kerajaan Persekutuan, bantuan sebanyak dua bulan setengah," katanya membentangkan Belanjawan Selangor 2024 hari ini.

Amirudin menambah pemberian BKK dengan bayaran sekurang-kurangnya RM1,000 akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.