ad
AGENDA

UAE hantar lima lagi pesawat bawa bahan bina hospital medan di Gaza

9 Nov 2023, 7:20 AM
UAE hantar lima lagi pesawat bawa bahan bina hospital medan di Gaza

ABU DHABI, 9 NOV: UAE menghantar lima lagi pesawat yang membawa bekalan dan peralatan untuk pembinaan hospital medan di Semenanjung Gaza.

Secara keseluruhan, UAE telah menghantar 16 pesawat bagi menjayakan operasi kemanusiaan ‘Gallant Knight 3’ di wilayah itu.

Kargo dibawa pesawat itu akan diturunkan di bandar El Arish, Mesir dan kemudiannya dipasang sebelum dihantar ke Gaza, menurut Agensi Berita Emirates (WAM).

UAE melancarkan operasi bantuan udara sejak dua hari lepas untuk membawa peralatan hospital sebagai sebahagian daripada operasi kemanusiaan ‘Gallant Knight 3’ UAE.

Langkah itu selaras dengan usaha negara itu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin dan menyokong sistem kesihatan di Semenanjung Gaza.

-- BERNAMA-WAM

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.