ad
AGENSI

Jualan murah ayam, beras di empat premis PKPS

8 Nov 2023, 2:40 PM
Jualan murah ayam, beras di empat premis PKPS
Jualan murah ayam, beras di empat premis PKPS

SHAH ALAM, 8 NOV: Orang ramai berpeluang membeli ayam segar dan beras murah di empat premis milikPerbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Agensi itu memaklumkan ayam dijual pada harga RM6.89 per kilogram manakala beras super import 5 kilogram jenama Batik berharga RM19.

Jualan promosi diadakan di Wisma PKPS (Seksyen 14 Shah Alam), Ehsan PKPS (Seksyen 9 Shah Alam), Ehsan PKPS (Jalan Muafakat 1, Taman Dato Bandar, Meru) dan Kiosk Ehsan (Selangor Fruit Valley).

"Penjimatan berganda. Jom beli ayam segar di outlet PKPS, tiada had pembelian," maklumnya di Facebook.

Sebelum ini, PKPS menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri lalu.

Jualan Mega Ehsan Aidilfitri pada pada 15 dan 16 April itu mencatat jualan sebanyak 30,000 ekor ayam dan 10,712 papan telur.

Dalam usaha meringankan beban rakyat, PKPS turut menganjurkan program Jualan Ehsan Rakyat (JER) di pelbagai lokasi seluruh negeri pada setiap hari kecuali Jumaat.

Mulai 1 Ogos, agensi itu turut bekerjasama dengan pasar raya Segi Fresh bertujuan memperluas capaian jualan murah anjuran Kerajaan Negeri.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.