ad
PBT

MBSA sumbang hamper Deepavali, RM100 kepada individu kurang mampu

8 Nov 2023, 7:20 AM
MBSA sumbang hamper Deepavali, RM100 kepada individu kurang mampu

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAHALAM, 8 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyampaikan sumbangan prihatin kepada 50 individu kurang berkemampuan di 24 zon di bawah pentadbirannya sempena sambutan Deepavali Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Pembangunan Komunitinya berkata bantuan berbentuk hamper raya dan wang tunai RM100 menyasar golongan berpendapatan rendah (B40), orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal.

“Dengan kerjasama ahli majlis zon masing-masing, kami mengenal pasti penerima untuk sama-sama memberi bantuan persediaan perayaan mereka.

"MBSA juga mengenal pasti senarai nama penerima daripada e-Kasih untuk menerima sumbangan prihatin ini,” kata Shahrin Ahmad ketika menyampaikan sumbangan tersebut di Taman Sri Muda di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Majlis Zon 9 N Ramu berkata hampir 80 peratus penganut Hindu tinggal di sekitar perumahan tersebut dan ada dalam kalangan mereka layak menerima bantuan.

“Penerima sumbangan yang dipilih adalah mereka yang sebelum ini ada memohon bantuan di pejabat saya dan kita melihat situasi dihadapi antaranya ada ibu tunggal, B40 dan OKU.

“Dengan sumbangan yang diberikan MBSA ini, sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban dan menceriakan keluarga dalam persiapan menyambut Deepavali kali ini,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.