ad
BERITA UTAMA

Kilang bateri terbesar China labur RM1.3 bilion di Selangor, wujud peluang kerja

8 Nov 2023, 3:53 AM
Kilang bateri terbesar China labur RM1.3 bilion di Selangor, wujud peluang kerja

SHAH ALAM, 8 NOV: Kilang pembuatan bateri lithium ion terbesar di China, Tenpower bersetuju membangunkan kilang seluas 48 ekar di Banting, dengan nilai pelaburan RM1.3 bilion.

Menerusi lawatan bersama Invest Selangor Berhad ke republik itu, EXCO Perdagangan Ng Sze Han berkata pelaburan berkenaan juga akan mewujudkan 700 peluang pekerjaan antaranya jurutera.

"Saya mahu berkongsi berita baik bersama warga Selangor iaitu Tenpower kilang terbesar di China dan kedua terbesar di dunia akan melabur RM1.3 bilion di negeri ini.

"Pelaburan ini akan mewujudkan 700 peluang pekerjaan antaranya jurutera. Ini adalah pelaburan penting dan Selangor komited dalam merealisasikannya," katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar memaklumkan Selangor menerima nilai pelaburan berjumlah RM60 bilion sepanjang tahun lalu dengan mencipta lebih 19,000 peluang pekerjaan.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata kejayaan itu hasil daripada sektor perkhidmatan dan pembuatan yang menjadi teras ekonomi di Selangor dan penampan ketika pandemik.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.