ad
AGENDA

Wartawan Palestin, keluarga terbunuh dalam serangan udara Israel

7 Nov 2023, 2:42 PM
Wartawan Palestin, keluarga terbunuh dalam serangan udara Israel

GAZA, 7 NOV: Wartawan Agensi Berita WAFA Mohammad Abu Hasira dilaporkan terbunuh selepas kediamannya di Bandar Gaza dibom tentera penceroboh Israel.

Abu Hasira dan 42 ahli keluarga yang lain, termasuk anak lelakinya terkorban dalam insiden itu, menurut WAFA.

Beberapa hari sebelum itu, seorang lagi wartawan Mohammad Hamouda dan keluarganya cedera selepas rumahnya menjadi sasaran serangan tentera Israel. Serangan itu turut menyebabkan isterinya cedera parah dan mata kirinya buta manakala kaki anak sulungnya terpaksa dipotong.

Sejak 7 Okt lalu, sekurang-kurangnya 49 wartawan di Semenanjung Gaza terbunuh dalam serangan terbaru tentera Israel ke atas orang awam.

- BERNAMA-WAFA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.