ad
EXCO

Dasar baharu dirangka galak pemilik 'putihkan' kilang haram

6 Nov 2023, 9:47 AM
Dasar baharu dirangka galak pemilik 'putihkan' kilang haram
Dasar baharu dirangka galak pemilik 'putihkan' kilang haram

SHAH ALAM, 6 NOV: Satu dasar baharu akan dirangka tahun depan bagi menarik lebih ramai pengusaha kilang haram di negeri ini untuk memutihkan premis mereka.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Suee Lim berkata usaha itu dibuat memandangkan program pemutihan sudah tamat dan lesen sementara hanya diberi sehingga hujung tahun ini.

"Saya nak bagi satu 'booster' atau gerak gempur untuk kilang tanpa kebenaran ini tetapi ia memerlukan sedikit masa, mungkin kita wujudkan 'task force' yang mesra rakyat atau dinamik yang boleh menarik pengusaha ini putihkan kilang mereka," katanya.

Terdahulu, beliau menyempurnakan program Town Hall antara EXCO Kerajaan Tempatan bersama pemilik dan pengusaha kilang lesen di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam di Pusat Konvensyen MBSA.

[caption id="attachment_611985" align="alignnone" width="859"] Peserta program Town Hall dengan pemilik dan pengusaha kilang tanpa kebenaran di kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam di Pusat Konvensyen MBSA pada 6 November 2023. Foto Pejabat EXCO[/caption]

Suee Lim turut mengingatkan pemilik mengambil serius dan berusaha memutihkan kawasan perindustrian mereka bagi mengelakkan tindakan lebih berat dikenakan pada masa akan datang.

"Saya ingin mengingatkan sekali lagi kepada semua pengusaha kilang tanpa kebenaran jangan memandang ringan dan sepi tentang usaha gigih Kerajaan Negeri dalam konteks penyelesaian isu kilang tanpa kebenaran ini.

"Apabila sampai masanya pihak Kerajaan Negeri pasti akan melaksanakan penguatkuasaan yang tegas kepada mereka yang ingkar dan tidak berganjak termasuk tindakan merobohkan dan merampas tanah mengikut Seksyen 129 (5) (b) Kanun Tanah Negara 1965," jelasnya.

Menurut Suee Lim, sebanyak 7,221 kilang beroperasi tanpa kebenaran direkodkan di seluruh Selangor sejak 2006 dan hanya tujuh peratus berjaya diputihkan setakat hari ini.

Jelas beliau masalah mendapatkan kebenaran merancang, sudah selesa dan pengusaha serta pemilik tanah adalah individu berlainan antara faktor mereka tidak membuat pemutihan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.