ad
AGENDA

Tentera Udara Jordan hantar bantuan perubatan ke Gaza guna payung terjun

6 Nov 2023, 3:17 AM
Tentera Udara Jordan hantar bantuan perubatan ke Gaza guna payung terjun

AMMAN, 6 NOV: Tentera Udara Jordan mengambil langkah berani melaksanakan misi menggugurkan bantuan perubatan dan farmaseutikal ke hospital medan Jordan di Semenanjung Gaza.

Raja Jordan Raja Abdullah II bertitah anggota tentera udara tidak gentar untuk menghantar bantuan perubatan menggunakan payung terjun (air-dropped) ke hospital medan Jordan di Gaza.

“Menjadi kewajipan kita untuk membantu mereka yang cedera di Gaza. Kami sentiasa ada untuk saudara Palestin kami,” titah , lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Kesihatan di Gaza pada Ahad berkata jumlah penduduk Palestin yang terbunuh dalam pengeboman Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 9,770 orang.

-- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.