ad
AGENDA

Jumlah mangsa banjir tujuh PPS di Selangor meningkat kepada 587 orang pagi ini

6 Nov 2023, 2:42 AM
Jumlah mangsa banjir tujuh PPS di Selangor meningkat kepada 587 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir tujuh PPS di Selangor meningkat kepada 587 orang pagi ini

SHAH ALAM, 6 NOV: Mangsa banjir yang berteduh di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor bertambah kepada 587 orang membabitkan 156 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Menurut Smart Selangor Operation Centre (SSOC) Unit Pengurusan Bencana Negeri, jumlah itu meningkat berbanding 579 mangsa daripada 157 keluarga pada 12 tengah malam tadi.

Unit itu memaklumkan pertambahan melibatkan PPS Dewan Kampung Dato Ahmad Razali iaitu 112 mangsa berbanding 104 semalam.

“SSOC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku,” katanya kepada Selangorkini.

Hujan berterusan mengakibatkan banjir di Hulu Langat, Sepang dan Petaling semalam. Susulan itu, tujuh PPS dibuka bagi menempatkan mangsa terjejas.

PPS terbabit Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi, SK Semenyih, Dewan Komuniti Taman Gemilang dan Dewan Kampung Dato Ahmad Razali di Sepang.

Turut dibuka, Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dengkil dan Dewan Serbaguna Camelia Height.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.