ad
EXCO

EXCO: Negeri terus pantau, pastikan penduduk terjejas bah selamat

5 Nov 2023, 7:05 AM
EXCO: Negeri terus pantau, pastikan penduduk terjejas bah selamat
EXCO: Negeri terus pantau, pastikan penduduk terjejas bah selamat
EXCO: Negeri terus pantau, pastikan penduduk terjejas bah selamat

SHAH ALAM, 5 NOV: Kerajaan Negeri menerusi Unit Pengurusan Bencana akan terus memantau kejadian bah di Kampung Bangi Lama, Hulu Langat bagi memastikan penduduk dalam keadaan selamat.

EXCO Pengurusan Bencana Najwan Halimi berkata setakat ini seramai 61 mangsa membabitkan 14 keluarga dilaporkan terjejas dan berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

[caption id="attachment_607184" align="aligncenter" width="811"] EXCO Pengurusan Bencana Najwan Halimi bercakap kepada media selepas majlis Latih Amal Ops ISPS EX-Ganjar di Northport Pelabuhan Klang, Klang pada 11 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Susulan insiden banjir di Kampung Bangi Lama, sebuah PPS telah dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi yang menempatkan sebanyak 14 keluarga membabitkan 61 mangsa yang terjejas.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kerajaan Negeri menerusi Unit Pengurusan Bencana akan terus memantau dan memastikan penduduk sekitar berada dalam keadaan selamat,” katanya menerusi ciapan aplikasi X.

[caption id="attachment_611747" align="aligncenter" width="734"] Kira-kira 200 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama dipindahkan ke Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Bangi dan Tadika Perpaduan Taman Bangi Ria selepas rumah mereka terjejas banjir pada 5 November 2023. Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor[/caption]

Terdahulu, kira-kira 200 penduduk di Taman Semenyih Indah dan Kampung Bangi Lama dilaporkan terpaksa dipindahkan ke PPS akibat kejadian banjir, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata operasi memindahkan mangsa bermula 4.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.