ad
AGENDA

47 trak bantuan tambahan sarat makanan, air, bekalan ubat masuk ke Gaza

4 Nov 2023, 3:41 AM
47 trak bantuan tambahan sarat makanan, air, bekalan ubat masuk ke Gaza

RAMALLAH, 4 NOV: Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Jumaat berkata sebanyak 47 trak bantuan tambahan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah dari Mesir.

Organisasi itu berkata trak berkenaan dimuatkan dengan bahan makanan, botol air, bekalan perubatan dan khemah, lapor Agensi Anadolu.

“Bagaimanapun, tiada bahan api dibenarkan masuk ke Gaza setakat ini,” katanya.

Di bawah sekatan 16 tahun Israel di Semenanjung Gaza, kira-kira 500 trak yang membawa barangan memasuki wilayah itu setiap hari termasuk 45 trak yang membawa bahan api.

Bagaimanapun, semua itu terhenti sejak 7 Okt menyebabkan wilayah Palestin mengalami kekurangan barangan keperluan asas, termasuk bahan api yang sangat diperlukan untuk membekalkan tenaga di hospital selain memastikan air boleh dirawat dan selamat untuk diminum.

-- BERNAMA-ANADOLU

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.