ad
AGENDA

Ikuti siaran langsung belanjawan negeri di Media Selangor 10 November ini

4 Nov 2023, 12:00 AM
Ikuti siaran langsung belanjawan negeri di Media Selangor 10 November ini

SHAH ALAM, 4 NOV: Orang ramai boleh mengikuti siaran langsung pembentangan Belanjawan Selangor 2024 oleh Dato’ Menteri Besar melalui laman sesawang SelangorTV pada 10 November.

Siaran langsung pembentangan Dato' Seri Amirudin Shari dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) turut boleh diikuti menerusi Facebook Media Selangor dan Amirudin Shari.

Laporan berita pula boleh diikuti melalui Selangorkini selain versi bahasa Inggeris, Mandarin dan Tamil manakala edisi cetak berbahasa Melayu terbit keesokannya.

Orang ramai turut dilibatkan dalam perancangan belanjawan tersebut dengan menyertai soal selidik yang dijalankan menerusi portal rasmi Perbendaharaan Negeri Selangor.

Dalam merangka belanjawan itu, Kerajaan Selangor turut mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri supaya hala tujunya selari dengan Putrajaya.

Menurut Speaker Lau Weng San, sesi pembentangan belanjawan berkenaan diikuti persidangan dewan yang dijangka berlangsung selama dua minggu hingga 24 November.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pula menitahkan perbahasan berlangsung tertib tanpa dicemari penggunaan bahasa kasar dan tidak sopan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.