ad
AGENDA

Dua lelaki godam papan menu restoran makanan segera ditahan

3 Nov 2023, 2:30 PM
Dua lelaki godam papan menu restoran makanan segera ditahan

SHAH ALAM, 3 NOV: Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana disyaki menggodam papan menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat, pada Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dua lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada pengurus restoran makanan segera itu memaklumkan papan menu makanannya telah digodam dengan tiba-tiba berubah kepada paparan gambar produk makanan mengandungi darah, bom, peluru dan tulisan ‘Proud Sponsors of Israeli Terorrism’.

"Susulan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 selain turut merampas telefon bimbit kedua-dua suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata kedua-dua suspek direman selama empat hari sehingga 5 Nov bagi membantu siasatan.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.