ad
AGENDA

Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas, terjatuh jambatan ketika memancing di sungai

3 Nov 2023, 4:11 AM
Kanak-kanak lelaki ditemukan lemas, terjatuh jambatan ketika memancing di sungai

BATU PAHAT, 3 NOV: Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ketika memancing di sebuah jambatan terapung di Sungai Lurus, Senggarang di sini, semalam.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rengit, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Khairul Azmi Ngatman berkata pihaknya, menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6.47 petang, semalam.

Beliau berkata sebaik menerima panggilan, sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan tujuh anggota bomba dari BBP Rengit dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati seorang kanak-kanak lelaki terjatuh ke laut, ketika memancing di kawasan jambatan terapung di kawasan tersebut.

“Mangsa kemudiannya ditemukan terdampar di tepi pantai oleh orang awam pada 9.15 malam tadi, iaitu pada jarak sekitar 200 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan, mangsa warga tempatan keluar memancing bersama bapanya sebelum terjatuh dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi ditamatkan sekitar 11 malam tadi.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.