ad
PBT

MBSJ muncul PBT pertama perkenal pelan kontigensi hadapi bah

2 Nov 2023, 12:30 PM
MBSJ muncul PBT pertama perkenal pelan kontigensi hadapi bah
MBSJ muncul PBT pertama perkenal pelan kontigensi hadapi bah
MBSJ muncul PBT pertama perkenal pelan kontigensi hadapi bah

SUBANG JAYA, 2 NOV: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama memperkenal pelan kontigensi sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.

Timbalan Datuk Bandarnya Mohd Zulkurnain Che Ali berkata Pelan Operasi Bantuan Bencana itu dihasilkan susulan tragedi banjir yang melanda negeri pada 2021.

Menurutnya, pelan itu memberi penekanan terhadap 25 lokasi risiko banjir selain mengatasi kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa akibat bencana.

[caption id="attachment_611276" align="aligncenter" width="791"] Timbalan Datuk Bandar MBSJ Mohd Zulkurnain Che Ali ditemui pada Sesi Latih Amal Kesiapsiagaan Hadapi Monsun Timur Laut di Tasik Puchong Prima, Subang Jaya pada 2 November 2023. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI[/caption]

“Pelan ini merupakan hasil bengkel yang diadakan bersama semua agensi penyelamat dan jabatan-jabatan pada tahun lalu. Ia merupakan garis panduan yang lebih tersusun sekiranya berlaku banjir.

“Kita ambil pengajaran daripada bencana pada 2021 dan kita buat satu pelan komprehensif melibatkan semua pihak termasuk pemimpin masyarakat,” katanya pada Sesi Latih Amal Kesiapsiagaan Hadapi Monsun Timur Laut hari ini.

Berlangsung di Tasik Puchong Prima di sini, latihan dua hari sejak semalam turut membabitkan pasukan polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

[caption id="attachment_611272" align="aligncenter" width="815"] Timbalan Datuk Bandar MBSJ Mohd Zulkurnain Che Ali (tiga, kiri) mendengar taklimat dari anggota penyelamat pada Sesi Latih Amal Kesiapsiagaan Hadapi Monsun Timur Laut di Tasik Puchong Prima, Subang Jaya pada 2 November 2023. Foto SOFIA NASIR/SELANGORKINI.[/caption]

Mohd Zulkurnain menambah, MBSJ turut menyedia 60 lokasi pusat pemindahan sementara (PPS) selain memasang 10 stesen pengesan paras air terutamanya di kawasan risiko banjir.

Jelasnya, bilik gerakan bencana PBT itu akan diaktifkan 24 jam mukai 20 November ini atau lebih awal bergantung kepada keadaan cuaca.

“Orang awam boleh hubungi Pusat Kawalan dan Panggilan MBSJ di talian 03-8024 7700 atau menggunakan Sistem Pengurusan Aduan Awam MBSJ jika ada sebarang aduan atau kecemasan,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.