ad
AGENDA

Ribut landa Pendang, 24 rumah penduduk rosak

2 Nov 2023, 1:33 AM
Ribut landa Pendang, 24 rumah penduduk rosak

PENDANG, 2 NOV: Sebanyak 24 rumah membabitkan 74 penduduk terjejas teruk terutama pada bahagian bumbung akibat ribut di Mukim Air Puteh di sini, petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Pendang Lt (PA) Yuslina Yusoff berkata kejadian pada 4.30 petang itu menyebabkan bumbung rumah terutama di Taman Sri Delima, Jalan Jenun, diterbangkan angin.

"Sebaik menerima aduan, anggota bertugas bergegas ke lokasi dan mendapati kejadian itu melibatkan 72 mangsa di Taman Sri Delima dan dua di Kampung Pulau Machang.

"Pemantauan kemudian dilakukan di lokasi kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yuslina berkata setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka dan mangsa kini menumpang di rumah saudara terdekat.

Beliau berkata ribut turut menyebabkan beberapa pokok tumbang berhampiran Klinik Kesihatan Pendang dan Perumahan Keda Asam Jawa di sini, hingga menghalang lalu lintas.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.